Pahit.

Advertisements

10

10 carta Menteri PH Terteruk Yang Patut Mahathir Pecat dalam Rombakan Kabinet 2019

Mahathir dalam kenyataan akhbar menyatakan tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri PH sejak dilantik memegang portfolio masing-masing. Terutama mereka yang mendapat kritikan hebat dari netizen dan menimbulkan pelbagai masalah kepada ekonomi dan transformasi negara.

Berikut kedudukkan 10 carta Menteri yang paling mendapat kritikan netizen:

  1. ANTHONY LOKE
    Seorang Menteri Pengangkutan yang paling kejam tidak berhati perut kerana sebelum PRU14 merayu-rayu golongan teksi mengundi PH tetapi setelah dapat kuasa golongan ini ditindas. Perancangan pembaharuan tiada.
  2. MOHAMAD AZMIN ALI
    Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang paling tidak berfungsi dalam sejarah. Langsung tidak menyumbang apa-apa terhadap ekonomi negara sebaliknya hanya mampu melihat Ekonomi Malaysia jatuh. Dia menjadi punca Mahathir dikritik dengan teruk.

Apa yang Azmin buat hanyalah membatal projek zaman Dato Sri Najib Razak kerana takut rakyat kembali melihat DSN.

  1. M KULASEGERAN
    Seorang Menteri Sumber Manusia yang paling rasis dan sering mengeluarkan kenyataan sensitif kepada bangsa melayu sehingga berkali-kali terpaksa membuat u-turn bagi menutup kesalahan.
  2. MOHAMAD SABU
    Seorang Menteri Pertahanan yang paling teruk kelayakan akademik iaitu sijil masakan pun gagal. Tidak bijak mendedahkan aset ATM yang rosak tanpa memikirkan apa impak kepada pertahanan negara.

Sokongan warga ATM kepada kerajaan PH mula merosot kerana hilang keyakinan kepada Mat Sabu, iaitu semasa PRK Port Dickson hilang 60% berbanding 90% sokongan pada PRU14.

Terlampau sibuk hendak membela kementerian MOF yang dijaga bos besarnya iaitu Guan Eng kerana dikritik hebat oleh DSN berbanding memikirkan perihal kementerian yang dijaganya.

Mat Sabu adalah punca hubungan diplomatik Malaysia Arab Saudi Rosak

  1. RINA HARUN
    Seorang Menteri Pembangunan Luar Bandar yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Hanya mampu untuk menukar nama produk Dato Sri Mohd Najib Razak seperti Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) kepada Pusat Komuniti Desa (PKD) tanpa memahami apa sebenar matlamat DSN melaksanakan RTC. Lebih menyedihkan peranan menteri ini berfikir RTC macam untuk aktiviti gotong royong, marhaban, main congkak dan gossip membawang.
  2. MUJAHID YUSOF
    Seorang Menteri Agama yang paling banyak mendapat kritikan dalam sejarah, Dilihat masyarakat lebih cenderung menghalalkan LGBT dan terlampau tunduk kepada tuntutan DAP berbanding agama.
  3. SYED SADDIQ
    Seorang Menteri Belia Dan Sukan yang dianggap sebagai tidak matang dan lebih melakukan lawak bodoh berbanding bekerja memajukan KBS.

Terlampau membuang masa dengan bermain games di pejabat berbanding bekerja malah dikritik netizen sebagai menteri yang hanya tahu main e-soccer berbanding menyepak bola.

Sehingga kini dengan peruntukan bajet dikurangkan kepada RM100 juta untuk KBS. Syed Saddiq hanya melaksanakan program yang sama seperti mantan menteri sebelumnya tanpa mampu menyusun semula perbelanjaan dan perancangan.

  1. MASZLEE MALIK
    Seorang Menteri Pendidikan yang langsung tidak mempunyai hala tuju dalam membina dasar pendidikan negara. Idea-idea yang dikeluarkannya adalah bersifat remeh seperti mengadakan mesyuarat kementerian besar-besaran hanya untuk menentukan warna kasut dan stokin sekolah!

Menipu rakyat dengan meciptlak idea kerajaan BN dan diwar-warkan sebagai idea asalnya seperti Rancangan Makanan Tambahan Sekolah yang kononnya dia mendapat ilham dari melawat Jepun.

Dikritik kerana tamak jawatan di Universiti dan pilih kasih dalam membantu sekolah kebangsaan dan tahfiz berbanding terlampau mengutamakan sekolah jenis kebangsaan sehingga sanggup mengangkat Unified Examination Certificate (UEC) sebagai dasar pendidikan ke2 negara

  1. MAHATHIR MOHAMED
    Status PM ke7 adalah lebih teruk dari status PM ke 4 apatah menyaingi rekod PM ke6 Dato Sri Mohd Najib Razak yang telah berjaya mencipta rekod KDNK negara mencecah 5.4% yang mencatatkan RM1.352 trilion Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2017.

Malah Bank Dunia dalam Laporan Ekonomi Asia Timur dan Pasifik ketika itu, melaporkan ekonomi Malaysia pada tahun 2017 mengalami pertumbuhan pesat dengan mencatat pertumbuhan 5.9 peratus disokong oleh faktor domestik dan luaran yang menggalakkan.

Tetapi setelah Mahathir menjawat PM ke7, KDNK suku kedua jatuh 4.5% berbanding suku pertama sebelum pengambilalihan kuasa adalah 5.4%.

Dikritik hebat kerana terlampau utamakan projek untuk kroni dan anak-anaknya berbanding melaksanakan janji-janji manifesto yang gagal dilaksanakan sama sekali.

Gagal Laksana janji menurunkan kos sara hidup rakyat setelah permasuhan GST dan diganti SST sebaliknya kos sara hidup meningkat 3 kali ganda.

Terlalu berdendam hingga mengabaikan kebajikan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup akibat dari kehilangan pekerjaan, permansuhan pelbagai bantuan dan kelumpuhan ekonomi.

Kerap memboros wang negara untuk lawatan luar negara, tetapi pulang membawa hutang dari membawa pelaburan.

  1. LIM GUAN ENG
    Seorang menteri kewangan yang dianggap netizen paling bodoh dalam sejarah Malaysia, selalu putar belit fakta ekonomi, kuat tidur di pejabat dan parlimen, sering melakukan kesilapan asas seperti tersalah titik perpuluhan pada angka-angka ekonomi.

Pemalas membuat research terutama dokumen Bajet 2019 sehingga sebahagian besar detail isi bajet tidak tepat atau mencapai sasaran seperti pemberian subsidi minyak kepada kenderaan 1.5 cc ke bawah tidak mencapai sasaran sehingga kereta mewah 1.5cc ke bawah juga mendapat manfaat berbanding kereta murah seperti pesona, waja 1.6 cc tidak diberi perhatian.

Punca kejatuhan ekonomi akibat dari ketidak kecekapan menteri hingga RM2.4 bilion ekuiti dibawa keluar pelabur sebulan, kejatuhan nilai ringgit dari RM3.85 menjadi RM4.20 per USD, kejatuhan harga sawit dan getah, kejatuhan eksport berkurang dari import, pembatalan projek besar hingga menjadi punca 7000 orang sebulan telah hilang pekerjaan.

Guan Eng adalah punca hubungan diplomatik Malaysia China rosak.

Jika mengikut kedudukan carta di atas Mahathir patut pecat Guan Eng dan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum memecat orang lain!

Tetapi seperti biasa Mahathir akan letak kesalahannya kepada orang lain dan tidak berani untuk memecat Lim Guan Eng.

Masa depan.

Minda Presiden PAS

MASA DEPAN ISLAM:
ISU-ISU UMAT DAN PENYELESAIANNYA

Sesungguhnya agama ini tidak akan terpadam cahayanya, walau apa jua isu-isu yang membelenggunya. Agama Islam ini adalah cahaya Allah yang telah dijanjikan pemeliharaannya berdasarkan firman Allah S.W.T.:

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33(

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”
(Surah At-Taubah: 32-33)

Allah mengulangi firman-Nya lagi dalam ayat yang lain:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (8) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (9(

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad S.A.W) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”
(Surah As-Saff: 8-9)

Demikian itu, diumpamakan sesiapa yang hendak memadamkan cahaya matahari dan bulan, sesungguhnya adalah mustahil ia dapat menyekat jalan tersebarnya Islam sejauh mana sampainya malam dan siang. Sesungguhnya kita dapat melihat perkembangan Islam di negara-negara di bawah pengaruh penjajahan setelah kejatuhan khilafah yang menaunginya.

Gerakan-gerakan yang giat dengan dakwah Islam berusaha membeli gereja-gereja di Eropah dan Amerika sehinggakan terdapat peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan bagi menghalang penjualannya kepada orang-orang Islam. Namun, kita tidak pula mendapati sebuah masjid pun yang dijual dengan harga yang tinggi dan dilelong di negara-negara umat Islam.

Keruntuhan agama selain Islam telah menyaksikan kelahiran generasi baru dalam masyarakatnya yang tidak berpegang teguh atau mengamalkan agama mereka. Ideologi-ideologi ciptaan manusia di Timur dan Barat turut rebah bersama-samanya, bermula dengan kejatuhan Sosialisme, Komunisme dan keruntuhan Kesatuan Soviet, lalu berlakunya pembahagian negara-negara di Asia Tengah dan Eropah Timur. Di tengah-tengah runtuhan tersebut, muncul masyarakat Islam dari kalangan mereka. Kini bermulanya penghujung hayat bagi Liberal Kapitalis yang bertapak di blok Barat suatu ketika dahulu.

Adapun umat Islam terus menghadapi pelbagai isu yang melingkunginya setelah runtuh khilafah dan munculnya era penjajahan melalui penguasaan politik, ekonomi, intelektual dan ideologi. Isu-isu ini terus menghantuinya selepas kemerdekaan dan keluarnya penjajah dari tanah air umat Islam.

Ini kerana kerajaan dan pemerintahan yang berkuasa ke atas negara dan rakyat tetap berpegang dengan cara penyelesaian yang diimport dari luar. Mereka tidak kembali kepada Islam kecuali hanya dengan slogan dan lambang. Sesungguhnya umat ini tidak akan dapat diperbaiki melainkan dengan cara yang dilakukan pada generasi awalnya sebagaimana ungkapan Imam Malik R.A. Sungguhpun kalimah ini bukanlah ayat-ayat al-Quran atau Hadis Nabawi, namun ianya terbit dari cahaya Islam yang tidak akan terpadam.

Sesungguhnya generasi awal umat ini bermula di Mekah dan Madinah. Padang pasir yang tidak mempunyai apa pun hasil bumi sebelum petroleum ditemui. Generasi ini bermula dengan pembentukan sahsiah yang beriman dengan agama ini, kemudian perlaksanaannya menjadi sempurna selepas tersebarnya Islam dan terbinanya daulah yang agung.

Perkembangan Islam juga terserlah dalam bidang ilmu keagamaan dan keduniaan bertitik tolak dari ilmu wahyu yang memberi hidayah dan hikmah. Ilmu-ilmu keduniaan ini diibaratkan seperti harta yang hilang dari tangan orang Mukmin, di mana jua ia ditemui maka ia berhak mengambilnya.

Agama Islam mula masuk ke hati-hati penduduk negeri yang sampai dakwah Islam dari Asia Tengah ke Asia Tenggara di Timur Jauh. Begitu juga agama ini tersebar di Timur dan Barat Afrika, juga dari Tengah Afrika hingga ke Selatan Eropah.

Islam memandu umatnya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dari pelbagai bangsa, begitu juga ilmu-ilmu saintifik pada zaman itu. Eropah yang menganut agama Kristian pada ketika itu berada dalam kegelapan dan kejahilan sehingga lahirnya sekularisme dalam politik, ekonomi dan sains secara keseluruhan. Seterusnya muncul pula zaman penjajahan yang menyaksikan negara-negara umat Islam dicerobohi, dan memberi kesan kepada ketamadunan Islam sehingga lahirnya pula era Sekularisme Barat Moden.

Pembaharuan Demokrasi Barat adalah kesan dari sistem syura dalam Islam. Kerajaan-kerajaan Eropah sebelum itu tidak akan bertukar tampuk pemerintahan melainkan dengan pemberontakan bersenjata seperti berlaku di Perancis, Britain, Rusia dan Amerika yang mengorbankan nyawa berjuta rakyat.

Kenyataan ini amat berbeza sekali dengan Pembukaan Kota Mekah dan pembukaan-pembukaan kerajaan Islam yang penuh dengan keadilan, kebebasan serta pemeliharaan hak-hak umat Islam dan bukan Islam di negara-negara Islam.

Umat Islam juga pernah menguasai bidang ekonomi dan sains teknologi. Apabila Barat memulakan ekspedisi jalan laut seperti pengembaraan Vasco da Gama dan Marco Polo ke Timur Jauh, seterusnya gerakan penjajahan Kristian mula mengambil peluang atas kelemahan pemerintah umat Islam yang tidak berpegang dengan ajaran agama dan meninggalkan asas-asas dan rukun-rukunnya. Begitu juga tertutupnya pintu ijtihad dalam ilmu-ilmu syarak serta tersebarnya pengaruh taasub mazhab dalam kalangan umat Islam hingga lahir fanatik yang melampau serta kejatuhan khilafah dengan perantaraan tangan-tangan mereka dan musuh-musuh yang menanti peluang.

Akhirnya, kita melihat peluang untuk kemerdekaan dan kebebasan dari kuasa penjajahan Barat beragama Kristian dan Sekular. Namun, dunia Islam terkesan dengan perang pemikiran dan intelektual.

Di sebalik ramainya umat Islam, namun mereka hanya ibarat buih-buih yang hanyut dibawa arus. Begitu juga kelemahan kedudukan politik dan ekonomi serta intelektual. Sekalipun kiblat solat mereka masih lagi menghadap ke Baitullah di Mekah dan bilangan jemaah haji dan umrah juga sangat ramai. Akan tetapi kiblat politik, ekonomi dan intelektual mereka adalah Rumah Putih di Washington atau Kremlin di Moscow. Walaupun Allah S.W.T. telah mengurniakan bumi umat Islam dengan kekayaan hasil galian, tanaman dan sumber manusia serta kedudukan geografi yang strategik di tengah-tengah jalan perdagangan antara benua-benua.

Oleh kerana itulah, kita mesti merujuk kepada teori yang dikemukakan oleh Almarhum Profesor Necmettin Erbakan yang telah membentuk gabungan lapan buah negara (D8) untuk mewujudkan usaha sama sehingga lahirnya kesatuan Islam. Idea dan fikrah ini mestilah disebarkan demi mengukuhkan akidah Islam dari sudut rukun-rukun dan asas-asasnya serta pembaharuan dalam pengamalan syariat dengan membuka pintu ijtihad dalam kalangan ulama yang pakar dalam ilmu-ilmu agama untuk mencadangkan penyelesaian secara Islam dalam proses pengislahan umat. Begitu juga pakar-pakar dalam bidang kontemporari yang sebahagiannya tinggal di negara-negara umat Islam, Eropah dan Amerika. Bahkan terdapat antara mereka yang didiskriminasikan oleh para pemerintah di negara-negara mereka sendiri.

Kita memerlukan kepada Manhaj Wasatiy (pendekatan sederhana) dalam memahami ajaran-ajaran Islam kerana dalam kalangan kita ada yang terlalu bermudah-mudah dan ada pula yang terlalu keras dalam beragama.

Golongan yang bermudah-mudah ini mengemukakan ajaran-ajaran Islam yang terkesan dengan teori-teori asing sehingga sampai kepada pemikiran liberal yang menghalalkan perkara yang haram serta mengharamkan perkara yang halal dalam perspektif politik, ekonomi dan ilmu.

Manakala golongan yang terlampau keras pula, mereka bersungguh-sungguh menentang saudara seagama mereka melebihi penentangan mereka terhadap musuh-musuh agama sehingga mereka mengambil kesempatan dari semangat keagamaan tersebut untuk mengangkat senjata bagi memerangi tanah air dan umat Islam yang tenggelam dalam lautan kejahilan, sehingga mengabaikan negara musuh iaitu Israel dan negara musuh selainnya seperti Myanmar.

Di sinilah perbezaan di antara jihad ilmu dan memupuk kesedaran Islam dalam kalangan umat Islam berbanding jihad menghadapi musuh-musuh yang bukan dari kalangan umat Islam dan tanah airnya.

Sesungguhnya Allah S.W.T. membangkitkan dalam kalangan umat ini pada setiap 100 tahun, orang yang membawa pembaharuan (tajdid) dalam urusan agamanya.

Kini sudah berlalu 100 tahun apa yang disebut sebagai ‘The Great Arab Revolt’ yang telah menyebabkan kejatuhan Khilafah Islam. Oleh itu, wajiblah kita melazimi jemaah Islam dan kumpulan umat Islam yang tidak putus-putus berpegang teguh dengan agama ini. Malah mereka tidak dimudaratkan oleh orang-orang yang ingin menjatuhkan mereka hingga datanglah Hari Kiamat.

Oleh kerana inilah, kita meyakini bahawa masa depan itu adalah milik Islam serta perlunya mengetengahkan penyelesaian Islam yang wasatiyah.

Firman Allah S.W.T.:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.”
(Surah al-Baqarah: 143)

وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ (46) فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انتِقَامٍ (47(

“Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkir janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepada-Nya).”
(Surah Ibrahim: 46 – 47)

Sesungguhnya Allah S.W.T. akan memenangkan mereka yang memenangkan agama-Nya dan sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Gagah lagi Maha Agung. Akhirnya doa kami, segala puji adalah milik Allah Tuhan Sekalian Alam.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh:
7 Rabiul Awwal 1440
16 November 2018

(Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Bahasa Arab, di hadapan lebih seratus ahli akademik, ahli politik, pemimpin masyarakat dan mahasiswa di Ankara, Turki pada 7 November 2018, sempena Program Syarahan Perdana bertajuk “Masa Depan Islam”, yang dianjurkan oleh Economic and Social Researches Centre (ESAM), sebuah badan pemikir terkemuka di Turki yang meneruskan legasi Al-Marhum Profesor Necmitten Erbakan)

Pantun.

Pantun Pejuang

Mat Kilau berdua pahlawan,
Menghunus keris lompat ke pagar,
Lampu hijau boleh berjalan,
Lampu merah jangan dilanggar.

Pasir tuan Pasir Salak,
Sila datang timba ikannya,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Kalau dijolok besar padahnya.

Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Pasir Salak, Perak, 17 Nov 2018

Pariah.

Pada tahun 2017 jumlah penduduk di Malaysia berjumlah 32juta. Dari 32 juta ini 62.1% adalah bumiputra dan dari jumlah ini 87.7% adalah orang Melayu. Ini bermakna jumlah orang Melayu adalah 87.7% × 62.1% × 32 = 17.45 juta adalah orang Melayu.

Orang India merupakan 7.2% dari jumlah 32 juta. Ini bermakna orang India hanya berjumlah 2.3 juta.

Tetapi kalau mengikut Waythamoorthy dalam wawancara 👆 dalam Malaysia ada sebanyak 23,000 buah kuil. Ini bermakna nisbah penduduk India: kuil adalah = 100:1. Maknanya 100 orang India bagi 1 kuil.

Dalam tahun 2016 ada sebanyak 23,875 buah masjid dan surau di seluruh Malaysia. Kalau kita kira nisbah penduduk: masjid/surau adalah 731:1. Ini bermakna 731 orang Melayu/Islam untuk I masjid/surau.

Apa PARIAH nak bising?

Hindraf.

VIDEO CLIP INTERVIEW: P. WAYTHA MOORTHY

Mr. P. Waytha Moorthy kini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Video clip ini adalah interview dengan Mr. Waytha Moorthy ketika beliau menghadiri satu seminar dengan Ahli-Ahli Parlimen Dutch/ Holland di Eropah.

DI DALAM INTERVIEW TERSEBUT

Mr. Waytha Moorthy mengatakan bahawa dia adalah generasi ke-4 orang India yang berhijrah ke Malaysia.

DIA JUGA MENYATAKAN BAHAWA:

  1. Tiada kebebasan agama di Malaysia.
  2. Banyak orang India (Hindu) dipaksa tukar agama kalau mahu dilantik sebagai Penjawat Awam atau hendak biasiswa pendidikan.
  3. Semenjak kemerdekaan tahun 1957, lebih 10,000 kuil dirobohkan. 23,000 lagi kuil berisiko akan dirobohkan.
  4. Kerajaan-Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan hak milik kekal (land title) kepada kuil-kuil ini.
  5. Anak-anak India yang berjaya dalam pelajaran tidak mendapat biasiswa.
  6. Anak-anak Melayu Islam mendapat 90 peratus tempat di universiti tempatan.
  7. Berbillion Ringgit dibelanjakan setahun untuk menaik taraf Ekonomi bangsa Melayu sahaja.

ULASAN

Mr. P. Waytha Moorthy banyak berbohong dan mengelirukan Ahli-Ahli Parlimen Dutch/ Holland di seminar tersebut.

Di antaranya :

  1. BERBOHONG. Adalah tidak benar tiada kebebasan beragama di Malaysia.
  2. BERBOHONG. Dengan mengatakan anak-anak India dipaksa tukar agama (Islam) sekiranya hendak dapat kerja sebagai Penjawat Awam dan biasiswa kerajaan.
  3. BERBOHONG. 10,000 kuil telah dirobohkan. Macam mana tak roboh, mereka membina kuil di atas tanah kerajaan dan tanah orang lain. Mereka membina kuil ikut suka hati mereka sahaja. Bila disuruh pindah, mereka meminta wang pampasan yang tinggi.
  4. BERBOHONG. Anak-anak India banyak mendapat biasiswa pendidikan melalui MAIKA dan MIC.
  5. BERBOHONG. Anak-anak Melayu Islam dapat 90% tempat di universiti tempatan. Ini angka yang bohong dan tidak tepat.
  6. BERBOHONG. Bila menyatakan bahawa berbillion ringgit dibelanjakan untuk menaikkan taraf ekonomi orang-orang Melayu setiap tahun. Kerajaan BN juga telah berbelanja berbillion untuk bangsa India di Malaysia. Di antaranya perbelanjaan untuk Sekolah Tamil. Pinjaman Tekun kepada bangsa India. Dan lain-lain.

KESIMPULANNYA

Mr. Moorthy dengan sengaja berbohong dan memburuk-burukkan negara Malaysia kepada Ahli-Ahli Parlimen dari luar negara.

Beliau menceritakan perkara-perkara bohong. Kononnya bangsa India ditindas dan ditekan oleh Kerajaan BN terdahulu.

Hari ini Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) mengadakan Sidang Akhbar mengenai Presiden MIC, Tan Sri Viki (Presiden Dewan Negara) memasuki ruangan VVIP di KLIA Airport memakai slipper.

Wahai Anthony Loke, mana lebih memalukan pakai slipper di KLIA atau MEMALUKAN NEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA?

Kita DEMAND, Dr. Mahathir PECAT MR. WAYTHA MOORTHY dengan segera dari menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

MEMALUKAN NEGARA. Seorang Menteri Kabinet – PEMBOHONG.

Salam.

DSBA

17 November 2018

Baca berita selanjutnya di;
https://www.editormalaysia.com/5572/

Langkah pertama.

“Langkah pertama menuju Tuhan adalah taubat”

“Ilmu, amal, buang dirimu dalam amal, ikhlas”

“Pandanganmu kepada selain Allah adalah tipudaya dan batil!”

“Siapakah lagi Pelindungmu selain Allah?”

“Ilmu yg memberi manfaat adalah ilmu yg menambahkan amal dan takut kepada Allah, bukanlah ilmu yg menjadi sombong dan jauh daripada Allah!”

“Ahli-Allah tetap bersama Allah dalam keramaian dan kesunyiannya, kerana mereka tidak melihat Wujud selain Allah”

“Sunyikanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah”

“Yg diingati dan yg mengingati adalah Dia, tiada sekutuNya sesuatu jua”

“Bala-cubaan adalah utusan Allah yg membawa salam cinta dari Allah”

“Tuntutlah kemuliaan yg kekal, kemuliaan selain Dzat Allah tiada kekal”

“Pemimpin yg suka dikritik dan dinasihati adalah pemimpin yg kuat dan benar”

“Tauhid ialah mengosongkan hati daripada segala sesuatu selain Allah”

“Ijazah dan sanad ilmu tauhid yg sebenar daripada Allah, iaitu hakkul-yakin”

“Janganlah engkau merasa aman diri daripada kemurkaan Allah!”

“Jangan engkau bergantung dan bersandar kepada sesuatu selain Allah”

Jabariah menolak usaha akhtiar dari hamba
Qadariah mengaku usaha akhitiar dari diri sendiri
Ahli sunnah kata usaha akhtiar dibangsakan bagi hamba, tetapi tidak beri bekas melain dengan izin Allah
Ahlul kasyaf pandang usaha ikhtiar dari Allah
Sebab dia telah fana wujud dirinya
Dia tidak memerhati diri dan alam lagi
Tiada yg wujud dalam alam ini pada hakikat melainkan Allah
Dia telah bersatu dalam keesaan Allah
Wahdatul wujud.

“Pandangan cinta akan menghilangkan wajah selain yg dicintai”

“DIA yg menyaksikan DiriNya sendiri”

“Relakanlah hatimu menerima bala-musibah sebagaimana engkau gembira menerima nikmat Allah”

“Mati sebelum mati”

“Jangan mengejek bala-musibah yg menimpa atas seseorang”

“Apabila Raja telah memakai pakaian rakyatNya maka Raja tidak dikenali lagi melainkan bagi orang yg benar-benar rapat disisi Raja, manusia rahsia Allah dan Allah rahsia manusia”

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yg menciptakan, kalam batin dialam hakikat”

“Ramai manusia suka mentakwilkan perbuatan Allah, kerana mereka masih terhijab daripada memandang Allah”

“Putuskan harapmu kepada selain Allah”

“Tawakkal ialah penyerahan seluruh jiwa-ragamu kepada Allah”

“Hilangkan pandangan makhluk kepadamu dengan merasa cukup dengan pandangan Allah kepadamu”

“Bulan kelahiran cahaya Allah telah tiba, alam semesta bergembira menunggu kelahiran Baginda S.A.W”

“Pandanglah Tuhan pada alam ini tanpa orang tengah dan segala hijab sebab-musabab”

“Dia yg menafikan Tuhan selainNya dan mengisbatkan Ketuhanan hanya bagiNya, Dia yg memuji DzatNya sendiri diazali”

“Mata-hati yg dianugerahi selalu memandang kepada perbuatan Allah pastinya tidak akan terkeliru dan tersesat dari jalan tauhid yg sebenar”

“Tiada seorang pun yg bersih daripada dosa dan kesalahan, maka kembalilah kepada Tuhanmu dengan bertaubat dan minta tolong”

“Cintailah Rasulullah S.A.W walaupun engkau belum dapat mengikuti jejak langkah Baginda S.A.W”

“Ya Rasulullah! Sungguh kerdil dan hinanya daku dihadapan keindahanmu…rohmu yg tersucikan, jasadmu yg terpimpin dan dipermuliakan Ilahi, syafaatkanlah daku ini”

“Jangan sekali-kali engkau berhenti dari memohon keampunanKU, sesungguhnya AKU Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”

“Cukuplah AKU bagimu, AKU adalah sebaik-baik teman dan Penolongmu”

“KeridhaanKU keatasmu itu atas ridhamu kepadaKU”

  • BUTA SELAIN ALLAH

Hukum.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/394324/sebab-inilah-hukuman-mati-tak-perlu-dimansuhkan-kata-netizen

Menteri Agama dan semua Melayu PH tak sedar2 lagi ke?

Takkan la tak perasan DAP ni sangat anti Islam

Mansuhkan hukuman mati tu nak menghina undang2 Hudud yang kononnya kejam

Pandai la dia cakap hukuman mati tak berkesan la apa la

Habis kalau mansuh, hukuman mati berkesan lagi ke kurangkan jenayah berat?

Ni la bahana kalau main2 undi bukan Islam perintah negara konon nak banteras rasuah la, malaysia baharu la

Ko ingat DAP hairan ke PM dan YDPA Melayu pun, contoh jelas isu hukuman mati ni

Bila usul dibahas dan diluluskan untuk pengundian, maka disini sebenarnya kuasa melangkaui apa2 peruntukan Perlembagaan sekalipun

Bila sahaja usul diluluskan oleh Yang Dipertua maka perkara tersebut terus terpakai sebagai Akta sesuatu peruntukan undang2

Ko kena ingat DAP ni bukan bodoh nak hina terang-terangan bangsa Melayu dan agama Islam di Parlimen bhai

Derang akan bagi la macam2 alasan konon untuk majukan Malaysia la, harmoni kaum la, Malaysia Baru la, adil kepada semua dan macam2 lagi agenda

Selama BN kuasai 60 tahun ada apa masalah dengan bukan Bumiputra negara ni? Bukankah bidang ekonomi kaum Cina yang pegang?

Bidang pendidikan luar negara pun kaum Cina yang majoriti, kaum Bumiputra harap kepada biasiswa sahaja pun

Ko nak cakap ni semua untuk naikkan semangat Melayu bersaing dengan kaum lain? Habis Melayu Singapura apa yang boleh dibanggakan?

Di Singapura jangan kata hak Bumiputra, hak agama pun disekat, ko tau ke tak satu-satunya masjid yang dibenarkan laung azan ialah Masjid Sultan Johor

Apa pencapaian Melayu Singapura? Ko bagi satu nama jutawan Melayu di Singapura? Kalau artis ternama ramai la dah itu yang Yahudi Nasrani suka nak rosakkan Melayu

Malaysia ni Top 10 paling kaya pun kaum Cina, Melayu harap Syed Mokhtar Bukhari je pun, itupun banyak dapat projek dari kerajaan BN

Ko nak suruh semua Melayu kerja keras siang malam macam bangsa Cina? Tak payah jaga agama, jaga keluarga, jaga keturunan?

Ko tau tak kadar perceraian kaum Cina paling tinggi berbanding kaum Melayu dan India sampai DAP sendiri nak wajibkan kursus kahwin untuk bukan Islam

Untuk kepentingan bangsa derang laju la nak laksana, bila hal2 berkaitan kelebihan Bumiputra semua nak disamarata dan dirampas

Ko nak sembang apa lagi skang der?

Subsidi petrol kereta kenapa tak buat 1600cc kebawah? Takkan Menteri Kewangan tak tahu kereta Proton lama semuanya kapasiti 1600cc keatas

Bajet pendidikan kenapa perlu diberi kepada sekolah persendirian Cina dan SMJK separa kerajaan? Nisbah peruntukan 475 juta untuk Bumiputra kepada 20.07 juta penduduk Bumiputra dah hampir sama dengan nisbah untuk kaum Cina 127 juta kepada hanya 6 juta penduduk kaum Cina, padahal yang lebih memerlukan bantuan bukanlah sekolah2 kaum Cina

Apa lagi yang ko tak puas hati dengan UMNO dan PAS?

Pemimpin UMNO berapa ramai dah sebut kes tapi pendakwaan sebenar tak mula2 lagi, ko sembang macam derang dah confirm bersalah je

Minyak RON95 sampai sekarang tak mampu nak turunkan walau 5 sen, tol PLUS pun tak turun2, PTPTN kena potong gaji plak, sembang dulu nak mansuh, ekonomi makin teruk, duit RM makin susut

PM ko tak habis2 nak politik sana sini, dapat Award sana sini bukan main, padahal manifesto pun tak habis buat lagi

Kalau dah pinjam duit sampai billion2 dengan Jepun, memangla dapat anugerah penghargaan sebab ko akan mengkayakan lagi negara derang

Macam ko buat pinjaman kat bank la, macam2 free gift dapat der, mug, payung, pen mahal, tshirt macam lagi la padahal kos barang2 tu tak sampai RM10 pun

Ni isu ICERD kalau ko masih ego berlagak lagi nak bela DAP memang ko spesies Melayu celaka tak kenang budi

Donald Trumph anti Islam tu pun reti jaga bangsa Amerika dari dikuasai pendatang Amerika Selatan dan sebagainya

Amerika akan gubal undang2 kerakyatan automatik kepada anak2 pendatang walau berkahwin dengan rakyat Amerika

Skang ko macam bagus nak jadi hero DAP ke PKR ke Bersatu atau Amanah konon nak ubah Malaysia?

Ko bagi aku satu perkara yang best untuk rakyat lepas PH perintah Malaysia?

Atau ko suka bila Astro bekerjasama dengan Shaw Brothers dari Singapura yang bertanggungjawab sailang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bila pindah operasi dari Singapura ke Kuala Lumpur

Dengan membuat filem menghina TGHH dan umat Islam umumnya, adakah rupa paras ketua pengganas dalam filem tersebut kebetulan mirip TGHH dan lokasi penggambaraan di sebuah pulau Pantai Timur

Dan adakah kebetulan pula pengarah filem tersebut berbangsa Cina dan terdapat pelakon2 dari Singapura dan Indonesia kononnya bersifat universal

Ko nak tengok dan tunggu sampai bila? Sampai semua nama jalan, nama bangunan, nama tempat, silap2 nama masjid kena tukar ala2 nama Cina macam kat Singapura?

Bro setakat Presiden Singapura Melayu tu takde apa pun, sebab Perdana Menteri masih Cina, kerusi Parlimen majoriti masih Cina

Ko tau ke Palestin tu asalnya bagi Yahudi kaya beli dan bangunkan tanah konon atas nama kemajuan la bhai

Sampai mufti terpaksa keluar fatwa haramkan jual tanah kepada Yahudi, tapi tak diendahkan sebab nak harta dunia

Bila Yahudi dah kuasai hampir keseluruhan Palestin maka dia usulkan di sidang PBB untuk iktiraf negara Israel

Apa beza Yahudi Nasrani dengan Cina DAP? Apa pula beza agama Yahudi Nasrani dengan agama Cina DAP?

Dan apa pula agama ko yang sokong DAP?