Satu pengajaran.

Komentar Hari ini..
🥰🥰🤗🤗🥰🥰

Seorang lelaki pergi ke Masjid. Dia lupa mematikan (silent mode) hp nya dan secara tiba-tiba berdering waktu sedang berdoa.

Seorang takmir menegurnya dari depan, beberapa orang memarahinya apabila selesai berdoa karena dia sudah mengganggu kekhusyukan dan ketenangan mereka ketika berdoa.

Apabila dia pulang, dia menceritakan kisah itu kepada isterinya. Dia mengharap mendapat simpati dari isterinya tetapi isterinya terus memarahinya kerana kelalaiannya.

Sejak itu, dia memutuskan untuk tidak lagi melangkahkan kakinya ke Masjid itu.

DAN

Malamnya, dia pergi ke cafe. Masih merasa gugup dan tergoncang dengan peristiwa tadi, dia tidak sengaja telah menumpahkan minumannya di meja.

Pelayan cafe dengan pantas meminta maaf dan memberikan kain lap bersih untuk dia membersihkan pakaiannya.

Petugas kebersihan segera mengelap dan membersihkan lantai. Pengurus cafe datang membawakan minuman ganti.

Dia juga memberikannya pelukan serta berkata *”Jangan bimbang, sikit punya hal, siapa lah yang tak pernah buat silap?”*

Sejak saat itu, ia tidak pernah berhenti datang ke cafe itu.😘😘

PENGAJARAN:

Terkadang sikap kita sebagai orang yg beriman yang menyebabkan ada jiwa-jiwa yang terdorong ke neraka.

Kita memagari diri kita seakan kita adalah orang-orang suci.

Bagaimana kita boleh berbicara tentang ketenangan jiwa,

bila fokus kita hanya kesalahan-kesalahan orang lain sahaja?

*Mari kita asah kembali mata hati kita,*

bukan mempersoalkan siapa benar ataupun siapa yang salah,

namun respon kita terhadap sesuatu keadaan yang menentukannya.

Laa hawla wala quwwata illa billah hil a’liyil adzim🍃

#Kita sama2 MuhasabahDiri
Pengajaranbuatkita

Moga Dapat Sesuatu🤗🤗🤗

The ugly Singapore.

U think Singapore is the best country to stay or work ?? & not corrupted ? Read this….


ANDA NILAIKAN CATATAN SAUDARA @ KITA DARI BEKAS WARGA SINGAPURA


NUKILAN DARI
ZAHARAH SHAH ALAM🧕😔
BEKAS WARGA S’PURA.


Selama ini Singapore tidak galakkan sesiapa cakap bahasa selain dari bahasa IBUNDA SINGAPORE iaitu bahasa INGGERIS. Tahun ini org Melayu Singapore pun terperanjat & ‘confused’.

Utk pengetahuan semua, Singapore mahu cuba tarik pengundi Melayu dlm pilihanraya akan datang ini. Ramai Melayu & anak2 muda di sana telah mula mengundi pembangkang.

Yang PM Lee kata pasal 2 org PILOT, itulah saja pilot Melayu yg mereka ada di RSAF. Selama ini RSAF tidak boleh ambil pilot Melayu. Melayu hanya boleh jadi tukang masak, maintenance atau pencuci kapal terbang sja. Army dlm ‘Special Force’ pun Melayu tidak boleh masuk.

Kenapa sya boleh kata begitu ? Sya berkerja di NATIONAL SAFETY COUNCIL OF SINGAPORE selama 16 tahun. Kami yg menjaga semua urusan Politic PAP, Economy, Singapore Security Forces termasuklah, Army, RSAF, Polis, JPJ, Traffic Police & Education.

Pasal masjid, Mendaki etc, yg disebut oleh PM Lee, ingin sya beritahu semua bahawa SEMUA warga Melayu/Islam Singapura di WAJIBkan menyumbang dgn kenakan potongan gaji setiap bln ke tabung Mendaki, Masjid etc. Jadi, semua pembinaan atau jagaan masjid di tanggung oleh org Melayu / Islam sendiri.

Org sering cakap Singapore negara terkaya di dunia. Jawapannya Singapore di’control’ oleh PAP. Bahasa mudah bagi kami rakyat Singapore, PAP bermaksud, “PAY AND PAY”.

Mana ada government clinic atau hospital lagi. Semua telah di‘privatise’kan. Warga Singapore WAJIB ada Insuran Medisave & Medishield sebelum masuk hospital. Dah pergi check doktor, dapat prescription ubat, kena pergi beli sendiri ubat2 itu di farmasi.

Semua pekerja kena potong gaji setiap bln utk biaya rawatan. Bagi org tua2 yg tidak mampu, anak2lah kena tanggung bayar. Klu tidak, sakit sampai mati pun mereka tidak perduli.

Berbeza di Malaysia. Pergi klinik kerajaan hanya bayar RM1 & SEMUA TANGGUNG BERES.

‘Carpark’ di HDB (rumah mampu milik), rumah kerajaan, bayaran bulanannya sekarang ialah S$120 utk open space atau $180 utk ‘multi story carpark’. Duit tong sampah wajib bayar ikut saiz rumah setiap bln. Belum lagi bil api, air, cable vision, cukai pintu & cukai tahunan. Rumah flat lama yg mahu di perbaharui harus ditanggung sendiri oleh rakyat.

CPF hanya boleh dikeluarkan 10% sahaja bila genap usia 65. Setiap org mesti ada duit simpanan dlm CPF kerana kerajaan tidak mahu tanggung org Singapore. Setiap bulan pula hanya boleh keluarkan $280-$450 sja bergantung berapa banyak kita ada simpanan dlm akaun CPF itu.

Utk beli kereta kena beli COE (Certificate of Entitlement). Selepas 1 tahun, WAJIB pergi inspection utk baharui roadtax. Singapore tidak boleh ada kereta buruk atas jalanraya. Sebelum 10 tahun kereta mesti dijual. Kalau tidak, selepas 10 tahun ia hanya laku $2,000 sebagai besi buruk sja kerana sudah dianggap tidak harga jualan lagi. Klu mahu maintain jga mesti kena bayar tambahan road tax 50% lebih tinggi.

Ketika sya tinggal di Singapore (sebelum 1997), road tax 1000cc ialah $1300 setahun & insurance premium $1300. Jumlahnya $2600 setahun utk 1000cc. Road tax tinggi kerana rakyat dipaksa membiayai ‘maintenance’ jalanraya sendiri.

Pernah ke org Malaysia terfikir, apabila membeli rumah HDB di Singapore, semua yuran guaman harus dibayar kpd “Lee & Lee Associate”, iaitu Syarikat PM Lee & family. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini. Kalau S&P & legal dibayar atas syarikat Perdana Menteri Malaysia, tentu teruk PM Malaysia kena belasah dgn pembangkang.

Sekarang PAP nak pengaruhi rakyat Malaysia pula. Mereka mahu beritahu jika DAP menjadi Kerajaan baru di Malaysia, DAP juga mampu ubah Malaysia menjadi seperti Singapura. Di Gelang Patah, Johor, PAP lah yg membantu DAP Lim Kit Siang utk menang.

Kenapa sya cakap begitu? Kerana sebagai pekerja kerajaan di Singapore, sya diwajibkan masuk PAP, & sya juga terlibat dlm politik PAP. Krn sya pemegang Scholarship Lee Kuan Yew dlm bidang Economy & Political Science. Atas sebab itu & keahlian PAP jugalah sya sbg satu2 nya anak Melayu yg boleh bekerja di National Safety Council of Singapore.

KITA ALU2KAN PERKONGSIAN IKHLAS DARI MASYARAKAT SINGAPURA DLM MENGESAHKAN ATAU MENAFIKAN KEBENARAN ISI CORETAN HAMBA ALLAH INI… AMAT BERUNTUNG. & BERSYUKURLAH KITA YG MENJADI RAKYAT MALAYSIA.

10

10 carta Menteri PH Terteruk Yang Patut Mahathir Pecat dalam Rombakan Kabinet 2019

Mahathir dalam kenyataan akhbar menyatakan tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri PH sejak dilantik memegang portfolio masing-masing. Terutama mereka yang mendapat kritikan hebat dari netizen dan menimbulkan pelbagai masalah kepada ekonomi dan transformasi negara.

Berikut kedudukkan 10 carta Menteri yang paling mendapat kritikan netizen:

  1. ANTHONY LOKE
    Seorang Menteri Pengangkutan yang paling kejam tidak berhati perut kerana sebelum PRU14 merayu-rayu golongan teksi mengundi PH tetapi setelah dapat kuasa golongan ini ditindas. Perancangan pembaharuan tiada.
  2. MOHAMAD AZMIN ALI
    Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang paling tidak berfungsi dalam sejarah. Langsung tidak menyumbang apa-apa terhadap ekonomi negara sebaliknya hanya mampu melihat Ekonomi Malaysia jatuh. Dia menjadi punca Mahathir dikritik dengan teruk.

Apa yang Azmin buat hanyalah membatal projek zaman Dato Sri Najib Razak kerana takut rakyat kembali melihat DSN.

  1. M KULASEGERAN
    Seorang Menteri Sumber Manusia yang paling rasis dan sering mengeluarkan kenyataan sensitif kepada bangsa melayu sehingga berkali-kali terpaksa membuat u-turn bagi menutup kesalahan.
  2. MOHAMAD SABU
    Seorang Menteri Pertahanan yang paling teruk kelayakan akademik iaitu sijil masakan pun gagal. Tidak bijak mendedahkan aset ATM yang rosak tanpa memikirkan apa impak kepada pertahanan negara.

Sokongan warga ATM kepada kerajaan PH mula merosot kerana hilang keyakinan kepada Mat Sabu, iaitu semasa PRK Port Dickson hilang 60% berbanding 90% sokongan pada PRU14.

Terlampau sibuk hendak membela kementerian MOF yang dijaga bos besarnya iaitu Guan Eng kerana dikritik hebat oleh DSN berbanding memikirkan perihal kementerian yang dijaganya.

Mat Sabu adalah punca hubungan diplomatik Malaysia Arab Saudi Rosak

  1. RINA HARUN
    Seorang Menteri Pembangunan Luar Bandar yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Hanya mampu untuk menukar nama produk Dato Sri Mohd Najib Razak seperti Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) kepada Pusat Komuniti Desa (PKD) tanpa memahami apa sebenar matlamat DSN melaksanakan RTC. Lebih menyedihkan peranan menteri ini berfikir RTC macam untuk aktiviti gotong royong, marhaban, main congkak dan gossip membawang.
  2. MUJAHID YUSOF
    Seorang Menteri Agama yang paling banyak mendapat kritikan dalam sejarah, Dilihat masyarakat lebih cenderung menghalalkan LGBT dan terlampau tunduk kepada tuntutan DAP berbanding agama.
  3. SYED SADDIQ
    Seorang Menteri Belia Dan Sukan yang dianggap sebagai tidak matang dan lebih melakukan lawak bodoh berbanding bekerja memajukan KBS.

Terlampau membuang masa dengan bermain games di pejabat berbanding bekerja malah dikritik netizen sebagai menteri yang hanya tahu main e-soccer berbanding menyepak bola.

Sehingga kini dengan peruntukan bajet dikurangkan kepada RM100 juta untuk KBS. Syed Saddiq hanya melaksanakan program yang sama seperti mantan menteri sebelumnya tanpa mampu menyusun semula perbelanjaan dan perancangan.

  1. MASZLEE MALIK
    Seorang Menteri Pendidikan yang langsung tidak mempunyai hala tuju dalam membina dasar pendidikan negara. Idea-idea yang dikeluarkannya adalah bersifat remeh seperti mengadakan mesyuarat kementerian besar-besaran hanya untuk menentukan warna kasut dan stokin sekolah!

Menipu rakyat dengan meciptlak idea kerajaan BN dan diwar-warkan sebagai idea asalnya seperti Rancangan Makanan Tambahan Sekolah yang kononnya dia mendapat ilham dari melawat Jepun.

Dikritik kerana tamak jawatan di Universiti dan pilih kasih dalam membantu sekolah kebangsaan dan tahfiz berbanding terlampau mengutamakan sekolah jenis kebangsaan sehingga sanggup mengangkat Unified Examination Certificate (UEC) sebagai dasar pendidikan ke2 negara

  1. MAHATHIR MOHAMED
    Status PM ke7 adalah lebih teruk dari status PM ke 4 apatah menyaingi rekod PM ke6 Dato Sri Mohd Najib Razak yang telah berjaya mencipta rekod KDNK negara mencecah 5.4% yang mencatatkan RM1.352 trilion Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2017.

Malah Bank Dunia dalam Laporan Ekonomi Asia Timur dan Pasifik ketika itu, melaporkan ekonomi Malaysia pada tahun 2017 mengalami pertumbuhan pesat dengan mencatat pertumbuhan 5.9 peratus disokong oleh faktor domestik dan luaran yang menggalakkan.

Tetapi setelah Mahathir menjawat PM ke7, KDNK suku kedua jatuh 4.5% berbanding suku pertama sebelum pengambilalihan kuasa adalah 5.4%.

Dikritik hebat kerana terlampau utamakan projek untuk kroni dan anak-anaknya berbanding melaksanakan janji-janji manifesto yang gagal dilaksanakan sama sekali.

Gagal Laksana janji menurunkan kos sara hidup rakyat setelah permasuhan GST dan diganti SST sebaliknya kos sara hidup meningkat 3 kali ganda.

Terlalu berdendam hingga mengabaikan kebajikan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup akibat dari kehilangan pekerjaan, permansuhan pelbagai bantuan dan kelumpuhan ekonomi.

Kerap memboros wang negara untuk lawatan luar negara, tetapi pulang membawa hutang dari membawa pelaburan.

  1. LIM GUAN ENG
    Seorang menteri kewangan yang dianggap netizen paling bodoh dalam sejarah Malaysia, selalu putar belit fakta ekonomi, kuat tidur di pejabat dan parlimen, sering melakukan kesilapan asas seperti tersalah titik perpuluhan pada angka-angka ekonomi.

Pemalas membuat research terutama dokumen Bajet 2019 sehingga sebahagian besar detail isi bajet tidak tepat atau mencapai sasaran seperti pemberian subsidi minyak kepada kenderaan 1.5 cc ke bawah tidak mencapai sasaran sehingga kereta mewah 1.5cc ke bawah juga mendapat manfaat berbanding kereta murah seperti pesona, waja 1.6 cc tidak diberi perhatian.

Punca kejatuhan ekonomi akibat dari ketidak kecekapan menteri hingga RM2.4 bilion ekuiti dibawa keluar pelabur sebulan, kejatuhan nilai ringgit dari RM3.85 menjadi RM4.20 per USD, kejatuhan harga sawit dan getah, kejatuhan eksport berkurang dari import, pembatalan projek besar hingga menjadi punca 7000 orang sebulan telah hilang pekerjaan.

Guan Eng adalah punca hubungan diplomatik Malaysia China rosak.

Jika mengikut kedudukan carta di atas Mahathir patut pecat Guan Eng dan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum memecat orang lain!

Tetapi seperti biasa Mahathir akan letak kesalahannya kepada orang lain dan tidak berani untuk memecat Lim Guan Eng.

Masa depan.

Minda Presiden PAS

MASA DEPAN ISLAM:
ISU-ISU UMAT DAN PENYELESAIANNYA

Sesungguhnya agama ini tidak akan terpadam cahayanya, walau apa jua isu-isu yang membelenggunya. Agama Islam ini adalah cahaya Allah yang telah dijanjikan pemeliharaannya berdasarkan firman Allah S.W.T.:

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33(

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”
(Surah At-Taubah: 32-33)

Allah mengulangi firman-Nya lagi dalam ayat yang lain:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (8) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (9(

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad S.A.W) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”
(Surah As-Saff: 8-9)

Demikian itu, diumpamakan sesiapa yang hendak memadamkan cahaya matahari dan bulan, sesungguhnya adalah mustahil ia dapat menyekat jalan tersebarnya Islam sejauh mana sampainya malam dan siang. Sesungguhnya kita dapat melihat perkembangan Islam di negara-negara di bawah pengaruh penjajahan setelah kejatuhan khilafah yang menaunginya.

Gerakan-gerakan yang giat dengan dakwah Islam berusaha membeli gereja-gereja di Eropah dan Amerika sehinggakan terdapat peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan bagi menghalang penjualannya kepada orang-orang Islam. Namun, kita tidak pula mendapati sebuah masjid pun yang dijual dengan harga yang tinggi dan dilelong di negara-negara umat Islam.

Keruntuhan agama selain Islam telah menyaksikan kelahiran generasi baru dalam masyarakatnya yang tidak berpegang teguh atau mengamalkan agama mereka. Ideologi-ideologi ciptaan manusia di Timur dan Barat turut rebah bersama-samanya, bermula dengan kejatuhan Sosialisme, Komunisme dan keruntuhan Kesatuan Soviet, lalu berlakunya pembahagian negara-negara di Asia Tengah dan Eropah Timur. Di tengah-tengah runtuhan tersebut, muncul masyarakat Islam dari kalangan mereka. Kini bermulanya penghujung hayat bagi Liberal Kapitalis yang bertapak di blok Barat suatu ketika dahulu.

Adapun umat Islam terus menghadapi pelbagai isu yang melingkunginya setelah runtuh khilafah dan munculnya era penjajahan melalui penguasaan politik, ekonomi, intelektual dan ideologi. Isu-isu ini terus menghantuinya selepas kemerdekaan dan keluarnya penjajah dari tanah air umat Islam.

Ini kerana kerajaan dan pemerintahan yang berkuasa ke atas negara dan rakyat tetap berpegang dengan cara penyelesaian yang diimport dari luar. Mereka tidak kembali kepada Islam kecuali hanya dengan slogan dan lambang. Sesungguhnya umat ini tidak akan dapat diperbaiki melainkan dengan cara yang dilakukan pada generasi awalnya sebagaimana ungkapan Imam Malik R.A. Sungguhpun kalimah ini bukanlah ayat-ayat al-Quran atau Hadis Nabawi, namun ianya terbit dari cahaya Islam yang tidak akan terpadam.

Sesungguhnya generasi awal umat ini bermula di Mekah dan Madinah. Padang pasir yang tidak mempunyai apa pun hasil bumi sebelum petroleum ditemui. Generasi ini bermula dengan pembentukan sahsiah yang beriman dengan agama ini, kemudian perlaksanaannya menjadi sempurna selepas tersebarnya Islam dan terbinanya daulah yang agung.

Perkembangan Islam juga terserlah dalam bidang ilmu keagamaan dan keduniaan bertitik tolak dari ilmu wahyu yang memberi hidayah dan hikmah. Ilmu-ilmu keduniaan ini diibaratkan seperti harta yang hilang dari tangan orang Mukmin, di mana jua ia ditemui maka ia berhak mengambilnya.

Agama Islam mula masuk ke hati-hati penduduk negeri yang sampai dakwah Islam dari Asia Tengah ke Asia Tenggara di Timur Jauh. Begitu juga agama ini tersebar di Timur dan Barat Afrika, juga dari Tengah Afrika hingga ke Selatan Eropah.

Islam memandu umatnya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dari pelbagai bangsa, begitu juga ilmu-ilmu saintifik pada zaman itu. Eropah yang menganut agama Kristian pada ketika itu berada dalam kegelapan dan kejahilan sehingga lahirnya sekularisme dalam politik, ekonomi dan sains secara keseluruhan. Seterusnya muncul pula zaman penjajahan yang menyaksikan negara-negara umat Islam dicerobohi, dan memberi kesan kepada ketamadunan Islam sehingga lahirnya pula era Sekularisme Barat Moden.

Pembaharuan Demokrasi Barat adalah kesan dari sistem syura dalam Islam. Kerajaan-kerajaan Eropah sebelum itu tidak akan bertukar tampuk pemerintahan melainkan dengan pemberontakan bersenjata seperti berlaku di Perancis, Britain, Rusia dan Amerika yang mengorbankan nyawa berjuta rakyat.

Kenyataan ini amat berbeza sekali dengan Pembukaan Kota Mekah dan pembukaan-pembukaan kerajaan Islam yang penuh dengan keadilan, kebebasan serta pemeliharaan hak-hak umat Islam dan bukan Islam di negara-negara Islam.

Umat Islam juga pernah menguasai bidang ekonomi dan sains teknologi. Apabila Barat memulakan ekspedisi jalan laut seperti pengembaraan Vasco da Gama dan Marco Polo ke Timur Jauh, seterusnya gerakan penjajahan Kristian mula mengambil peluang atas kelemahan pemerintah umat Islam yang tidak berpegang dengan ajaran agama dan meninggalkan asas-asas dan rukun-rukunnya. Begitu juga tertutupnya pintu ijtihad dalam ilmu-ilmu syarak serta tersebarnya pengaruh taasub mazhab dalam kalangan umat Islam hingga lahir fanatik yang melampau serta kejatuhan khilafah dengan perantaraan tangan-tangan mereka dan musuh-musuh yang menanti peluang.

Akhirnya, kita melihat peluang untuk kemerdekaan dan kebebasan dari kuasa penjajahan Barat beragama Kristian dan Sekular. Namun, dunia Islam terkesan dengan perang pemikiran dan intelektual.

Di sebalik ramainya umat Islam, namun mereka hanya ibarat buih-buih yang hanyut dibawa arus. Begitu juga kelemahan kedudukan politik dan ekonomi serta intelektual. Sekalipun kiblat solat mereka masih lagi menghadap ke Baitullah di Mekah dan bilangan jemaah haji dan umrah juga sangat ramai. Akan tetapi kiblat politik, ekonomi dan intelektual mereka adalah Rumah Putih di Washington atau Kremlin di Moscow. Walaupun Allah S.W.T. telah mengurniakan bumi umat Islam dengan kekayaan hasil galian, tanaman dan sumber manusia serta kedudukan geografi yang strategik di tengah-tengah jalan perdagangan antara benua-benua.

Oleh kerana itulah, kita mesti merujuk kepada teori yang dikemukakan oleh Almarhum Profesor Necmettin Erbakan yang telah membentuk gabungan lapan buah negara (D8) untuk mewujudkan usaha sama sehingga lahirnya kesatuan Islam. Idea dan fikrah ini mestilah disebarkan demi mengukuhkan akidah Islam dari sudut rukun-rukun dan asas-asasnya serta pembaharuan dalam pengamalan syariat dengan membuka pintu ijtihad dalam kalangan ulama yang pakar dalam ilmu-ilmu agama untuk mencadangkan penyelesaian secara Islam dalam proses pengislahan umat. Begitu juga pakar-pakar dalam bidang kontemporari yang sebahagiannya tinggal di negara-negara umat Islam, Eropah dan Amerika. Bahkan terdapat antara mereka yang didiskriminasikan oleh para pemerintah di negara-negara mereka sendiri.

Kita memerlukan kepada Manhaj Wasatiy (pendekatan sederhana) dalam memahami ajaran-ajaran Islam kerana dalam kalangan kita ada yang terlalu bermudah-mudah dan ada pula yang terlalu keras dalam beragama.

Golongan yang bermudah-mudah ini mengemukakan ajaran-ajaran Islam yang terkesan dengan teori-teori asing sehingga sampai kepada pemikiran liberal yang menghalalkan perkara yang haram serta mengharamkan perkara yang halal dalam perspektif politik, ekonomi dan ilmu.

Manakala golongan yang terlampau keras pula, mereka bersungguh-sungguh menentang saudara seagama mereka melebihi penentangan mereka terhadap musuh-musuh agama sehingga mereka mengambil kesempatan dari semangat keagamaan tersebut untuk mengangkat senjata bagi memerangi tanah air dan umat Islam yang tenggelam dalam lautan kejahilan, sehingga mengabaikan negara musuh iaitu Israel dan negara musuh selainnya seperti Myanmar.

Di sinilah perbezaan di antara jihad ilmu dan memupuk kesedaran Islam dalam kalangan umat Islam berbanding jihad menghadapi musuh-musuh yang bukan dari kalangan umat Islam dan tanah airnya.

Sesungguhnya Allah S.W.T. membangkitkan dalam kalangan umat ini pada setiap 100 tahun, orang yang membawa pembaharuan (tajdid) dalam urusan agamanya.

Kini sudah berlalu 100 tahun apa yang disebut sebagai ‘The Great Arab Revolt’ yang telah menyebabkan kejatuhan Khilafah Islam. Oleh itu, wajiblah kita melazimi jemaah Islam dan kumpulan umat Islam yang tidak putus-putus berpegang teguh dengan agama ini. Malah mereka tidak dimudaratkan oleh orang-orang yang ingin menjatuhkan mereka hingga datanglah Hari Kiamat.

Oleh kerana inilah, kita meyakini bahawa masa depan itu adalah milik Islam serta perlunya mengetengahkan penyelesaian Islam yang wasatiyah.

Firman Allah S.W.T.:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.”
(Surah al-Baqarah: 143)

وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ (46) فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انتِقَامٍ (47(

“Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkir janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepada-Nya).”
(Surah Ibrahim: 46 – 47)

Sesungguhnya Allah S.W.T. akan memenangkan mereka yang memenangkan agama-Nya dan sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Gagah lagi Maha Agung. Akhirnya doa kami, segala puji adalah milik Allah Tuhan Sekalian Alam.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh:
7 Rabiul Awwal 1440
16 November 2018

(Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Bahasa Arab, di hadapan lebih seratus ahli akademik, ahli politik, pemimpin masyarakat dan mahasiswa di Ankara, Turki pada 7 November 2018, sempena Program Syarahan Perdana bertajuk “Masa Depan Islam”, yang dianjurkan oleh Economic and Social Researches Centre (ESAM), sebuah badan pemikir terkemuka di Turki yang meneruskan legasi Al-Marhum Profesor Necmitten Erbakan)

Pantun.

Pantun Pejuang

Mat Kilau berdua pahlawan,
Menghunus keris lompat ke pagar,
Lampu hijau boleh berjalan,
Lampu merah jangan dilanggar.

Pasir tuan Pasir Salak,
Sila datang timba ikannya,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Kalau dijolok besar padahnya.

Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Pasir Salak, Perak, 17 Nov 2018

Pariah.

Pada tahun 2017 jumlah penduduk di Malaysia berjumlah 32juta. Dari 32 juta ini 62.1% adalah bumiputra dan dari jumlah ini 87.7% adalah orang Melayu. Ini bermakna jumlah orang Melayu adalah 87.7% × 62.1% × 32 = 17.45 juta adalah orang Melayu.

Orang India merupakan 7.2% dari jumlah 32 juta. Ini bermakna orang India hanya berjumlah 2.3 juta.

Tetapi kalau mengikut Waythamoorthy dalam wawancara 👆 dalam Malaysia ada sebanyak 23,000 buah kuil. Ini bermakna nisbah penduduk India: kuil adalah = 100:1. Maknanya 100 orang India bagi 1 kuil.

Dalam tahun 2016 ada sebanyak 23,875 buah masjid dan surau di seluruh Malaysia. Kalau kita kira nisbah penduduk: masjid/surau adalah 731:1. Ini bermakna 731 orang Melayu/Islam untuk I masjid/surau.

Apa PARIAH nak bising?